2010/12/28

katak oh katak.

terasa segar mandi pagi pada pukul 3petang.ok la tu mandi jugak kan.sama la macam angelina jolie. korang ada baca paper metro baru-baru ni.angelina jolie tak suka mandi.alasan dia sibuk dengan anak-anak dan shooting.aku pulak nak jimatkan air kat rumah.kesian mak nanti.lagipun hujan kat terengganu ni dari malam tadi taknak berhenti.

aku dah terlari topik pula.nak cerita pasal result sebenarnya.hari ni result dah keluar.result aku macam itu jelah.dah memang aku target nak maintain cpa aku.termenyesal jugak sedikit dengan kemalasan aku sem ni.tapi takpelah,syukur alhamdullillah sebab final year project sudah selesai.tahniah buat si dia kerana dapat result bagus.tahniah pada adik yang dapat 3.8 something.tahniah pada semua yang dapat dekan.tahniah pada semua yang dah nak pergi latihan industri.

lagi satu azam tahun baru,nak kumpul lagi satu dean list.amin.

2010/12/27

oh hati.

oh hati.janganlah buat saya jadi seorang yang moody.

2010/12/26

oh bola.

baru lepas tengok bola.tak ada apa yang menarik.sekadar tahu malaysia menang 3-0.mungkin cuba untuk meminati bola.si dia gilakan bola.suka hati la dapat tengok bola live kan.siap beli baju bagai lagi.takpe,minat punya pasal.

tadi,keluar pergi beli tiket.tapi habis pula.sangat tak suka pergi beli tiket.kan best kalau bas ke batu pahat tak payah beli tiket bagai.haishh.lastly,beli tiket ke johor bharu.tapi dah serik naik bas dari JB-AIR HITAM.hari itu,pernah naik bas yang pemandunya india.masa mula-mula naik tu adalah seorang perempuan.tapi bukan malay la.bayangkan pukul 5pagi masa itu.sampai kulai yang ada dalam bas tu aku,driver india dan seorang bangladesh.paling risau driver tu bawa bas gila laju.nasib baik aku hidup lagi dan dapat menulis blog ini.

hari ni dapat selipar baru.fipper blue pink .lawa.gantikan fipper orange green aku yang dah buruk.habis madu sepah dibuang lah kan.haha.

hati.

saja nak ingatkan diri sendiri.

bukit indah.

hari ini membuang lemak lagi.tapi kali ini di atas bukit pula.seronok berjalan dalam kabus kabus embun pagi.terasa mahu pergi lagi esok.mungkin sudah obses pada keindahan ciptaan-NYA.

agak ramai orang pagi ini.kalau tak suka ramai orang datang dalam area pukul 7.macam kami.paling ramai suami isteri anak-anak,yang bercinta-cinta pun satu pasangan je.takkan ber- dating kat atas bukit pula kan.haha.paling suka tengok pasangan yang dah tua.oh,harap-harap aku nanti pun macam itu juga.hapily ever after sampai muka kedut-kedut dengan si dia.paling kelakar hari ni ada seorang tu pakai ballet shoes warna merah petak-petak.begitu bersemangat dia kan.

ni pemandangan kat atas bukit.




ini adik saya.

macam mahu buat aktiviti ini setiap hari.tengok lah macam mana.kaki lenguh sebab tak buat streching.kalau ada kawan-kawan jogging pasti mereka tolong aku buatkan.sudah lupa step la.hehe.

2010/12/25

cantik.

pada satu hari aku tengok cerita pelakonnya jue aziz.terus berkenan kat rambut dia.lawa panjang lembut.mahu rambut macam itu jugak.

jue aziz.lawa kan rambut dia.

 
 tak pun macam artis ni.

 macam ini lagi cantik

tapi rambut saya macam ini saja.boleh ke jadi macam dorang eh.


 

matahari terbit.

tadi pagi pukul 6:45,aku bersama adik bergerak dari rumah ke gong badak.kami mahu berjoggingan di tepi tasik stadium terengganu.sangat cantik matahari terbit di situ.trek jogging yang agak panjang,jauh.tapi aku berlari satu pusingan dan berjalan satu pusingan.

terasa panas perut masa berlari.mungkin lemak sedang terbakar cair kan.sangat banyak lemak kat perut itu.sekarang lemak berada kat peha pula.esok mahu jogging lagi.tapi atas bukit pula.baru ada semangat kalau pemandangannya indah kan.

azam tahun baru,tak nak bagi  lemak terkumpul kat perut ini lagi.haha




 indah kan.segar di waktu pagi walaupun tak mandi.hehe

2010/12/24

oh cinta.

tadi,dalam pukul 430 petang kawan lama dari sekolah teknik datang ambil kat rumah.ajak keluar jalan-jalan.sebelum tu kena tanya si dia dulu boleh ke tidak aku keluar kan.walaupun aku tahu memang pasti dapat sebab dia memang tak kisah.cuma mesej dia "xpelah.jgn balik malam-malam la kalau boleh eh sayang.jaga diri baik-baik ye sayang".mungkin maksud jaga diri tu maknanya sedarlah awak tu buah hati saya.jangan jatuh hati kat kawan tu pulak.hahaha.

macam-macam topik dibincangkan tadi.terima kasih ejan bawa aku keluar.memang sangat bosan duduk rumah.cuma aku tak berapa suka sebab masa kami dalam kereta,teman wanita dia telefon dan dia suruh aku diam.maknanya dia tipu la kan.bila aku cakap tak baik menipu tapi dia bagitahu nak jaga hati sebab mungkin teman wanita dia tak suka.nanti dia sakit hati dan gaduh.

dia cakap aku pun mesti tak bagitahu si dia.oh,aku tak pernah rahsiakan perkara macam itu.lagipun kami lebih open minded sebab kami berdua belum ada ikatan sah.jadi,kami tidak boleh halang antara satu sama lain untuk keluar.mungkin sekadar memberitahu sudah memandai kan.ada perasaan cemburu tapi kami percaya antara satu sama lain.

yang pasti,aku makin sayang si dia.saya sayang kamu.
 
 mahu tidur awal.mahu berjoggingan esok pagi di tepi tasik.bye!

2010/12/23

nasi air hujan.

perut terasa panas pedas lepas makan nasi air.agaknya terlebih letak cili tadi.dengan kemahiran yang ada, sedikit sebanyak dapatlah masak nasi air.malam ni pun hujan dah berhenti.kenapa mesti di waktu malam hujan mahu berhenti.perlu ke nyanyi lagu shin chan itu?.semua orang menyampah dengar aku nyanyi lagu hujan rintik-rintik itu.mungkin suara aku terlalu merdu kot.jom kita nyanyi sama-sama kasi bumi terengganu kembali hujan.
jom nyanyi.ulang empat kali ye.
     "hujan rintik-rintik.tumbuh daun lalang.aini sangat cantik.semua orang sayang.lalalalala"

bosan waktu hujan.

saja upload.saja mengedit gambar.takde keje dah.bosan duduk rumah.asik makan.tido.hujan tak nak pulak berhenti turun.duduk rumah tajamkan kemahiran masak.nanti mahu buka kedai burger.sangat sedap.nasib baik ada internet percuma ni.kalau tak,haram jadah aku kebosanan di rumah.tapi mak pun dah bising bil elektrik naik.haha.takpe mak.lagi dua minggu je.teringin tulis entri dalam english.tapi tak yakin dengan kemahiran yang ada.entah-entah takde kemahiran.haha.nak sahut cabaran sue anna joe tu.lain kali jelah kan.

cinta malas.

dialog antara satu pasangan.

lelaki:dah mandi belum dia?
perempuan: entah.cuba tanya mak kita.
lelaki: mesti belum kan.kan.
perempuan: haha.hujan lah.sejuk.
lelaki: tak nak lah kawan dengan dia.
perempuan: tapi nak kawin dengan kita kan.
lelaki: mestilah.hehe

oh.aku cinta kamu.

 

2010/12/22

lima tahun 2 minggu 5 hari

oh.terasa begitu lama hubungan kita kan.mahu tak kamu jadi pasangan hidup aku untuk tiga empat tahun akan datang? ily zaid.  
      

kawan lawan talam

kawan.aku seorang yang tak punya kawan yang ramai.ada kawan tapi tak ramai.mungkin sebab aku seorang pendendam.ego.sombong.cakap lepas.bongkak.tak pandai jaga hati kawan.pentingkan diri sendiri.mungkin la kan.lagi satu aku suka pendam sampai lama lama aku tak tahan aku lari.

tak baik kalau kita buat balik kat orang apa yang orang pernah buat kat kita.tapi aku bukanlah manusia sebaik itu.tu namanya aku ini pendendam.betul la kan.orang cakap kat dunia ini ada karma.jadi sebaiknya kita janganlah balas balik apa yang orang buat kat kita.baik kita buat bodoh aje.tapi kadang-kadang bila buat bodoh,hati jadi sakit juga.sebab tu kena pura-pura macam takde apa berlaku.so,jadilah talam di sini.

sesiapa yang pernah jadi kawan aku mesti tahu siapa aku sebenarnya kot.kepada sesiapa yang pernah aku mengata.mengutuk.memarah.oh,aku minta maaf.aku bukanlah kawan yang baik untuk kalian.tapi itu mungkin juga kerana kamu pun bukan kawan yang baik untuk aku.sebab aku takkan sakiti hati orang yang aku suka.kamu pula bagaimana?

andartu?


ow.sekarang umur sudah 23tahun.lagi dua minggu jadi 24 tahun.tapi bila sudah 3 mac baru betul-betul genap 24 tahun.hari tu,ada borak-borak kosong dengan kawan-kawan.ada yang keluarkan topik bagitahu kalau umur sudah 25 tahun, dah jadi andartu.emmm.bila aku bagitahu kat kakak aku,mereka cakap kita tengok dan lihat aku ni nanti jadik andartu ke tidak.itu sudah pasti la sebab umur 24 baru habis belajar.mahu bekerjaya dulu.melihat dunia yang indah dulu.mahu tak mahu,27 kot baru aku fikir nak kawin.haha.

lambat sangat habis belajar ni.aku dah tak larat berfikir.semester ini, keputusan peperiksaan aku teruk.mungkin aku malas kan.yelah,pukul 12malam keluar makan kat 25jam.pagi esok ada paper pukul9.balik rumah pukul 1 2 pagi.akhirnya dapat B-.hahaha.padan muka aku kan.tapi aku masih senyum kerana sv bagi A- untuk final projek aku.alhamdullillah.syukur sangat sangat sebab projek aku entah apa pun aku macam tak faham lagi walaupun aku dah buat hard cover.hehe.

lagi satu semester aku kena belajar.aku kena tukar niat belajar untuk semester baru ni.aku nak belajar bersungguh-sungguh kot.hehe.

2010/08/16

buat kamu

tadi bila baca mesej kamu..terasa sangat terharu..terasa sangat dihargai..kamu sangat memahami..kamu selalu ada bila aku dalam kesusahan, kesedihan, kegelisahan..kamu cuba menenangkan aku walhal kamu sedang sibuk kan..kamu ada test kejap lagi..kamu juga selalu mendengar keluh kesah aku..

kenapa kamu begitu baik?..kamu tak pernah jemu melayan aku..kadang-kadang aku selalu merajuk walhal perkara kecil je kot..hakhak..tapi aku tak pernah merajuk lama kan..
entri ini khas untuk kamu..aku sayang kamu..sudi tak kamu kawen sama aku??..

2010/08/12

award dari nad

 tenqs nad..

1. apa yang bermain dalam fikiran kamu sekarang...
nak buke pose makan ape la petang ni eh..agak2 kelas mat abes awal tak..

2. nama samaran kamu..
aini-->name femes..ahaks
noni --> gelaran manja kat rumah..
che ku --->classmate laki
che eng-->classmate gak
engku --> sv

3. berikan 3 orang yang kamu sayang..
 mak, ayah, akak 

4. panggilan untuk si Dia..
zaid, abang, sayang, bear..

5. hadiah yang korang impikan dari orang tersayang..
ape eh..macam-macam kot..

6. blog mane yang korang suke follow..
paling suka hanis zalikha..

7. Bagi award ni kat 15 blogger lain..
  •     isma
  •    acit-picagari
  •    ika
  •    zyla
  •    ghah
  •    dija
  •    ija
  •    kak zi

tag dari fatin

 dah lame kot fatin bagi tag ni kat aku..tak perasan la pulak..nad bagi award pon aku tak amek lagi..jap lagi la aku amek award tu ye..sori nad..sori fatin..

 #1 : adakah anda rasa anda hot?
oh..tak kot..

#2 : upload wallpaper yang anda guna sekarang


 
 











#3 : cerita pasal wallpaper tersebut
aku suka wallpaper yang background hitam..pastu letak pix yang aku suka tengok..pix aku dengan nana..

#4 : bila kali terakhir mkn pizza? 

entah..sem lepas kot..lagi suka mcD..tiap tiap minggu kot pegi..tapi tak suke bekfas mcD..
 
#5 : lagu paling latest anda dengar 

marry me-train..tapi ni lagu lama..tetibe suka dengar..teringin kawen kot..ada sesiapa nak pinang aku tak?hehe..
 
#6 : apa yg anda buat selain menyelesai tag ini?

berfesbuk..sama la ngan ko fatin oi..haha..
 
#7 : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa? 

noni --->gelaran manja kat rumah..
che ku ---> classmate laki 

che eng--->classmate gak
engku ---> sv

#8 : tag lagi 8 orang
   1. isma
   2. acit-picagari
   3. ika
   4. zyla
   5. ghah
   6. dija
   7. ija
   8. kak zi

#9 : siapakah orang no. 1 kepada anda?

ex-rumate..rumah dia sebla uthm jerk..jeles sangat..
 
#10 : katakan sesuatu pada orang no. 5
ghah..bila ko nak datang amek note?

#11 : no.3 ada hubungan dengan siapa?

yang aku tahu pessa..loving couple..semoga mereka cepat kawen..

#12 : bagaimana pula dengan no.4? 

dia classmate aku..bawak kereta waja..

#13 : pesanan kepada orang no.6?

nanti lepas bulan puasa kita pegi roti dangdut lagi taw..haha
 
#14 : kata-kata cinta untuk orang no.2 

mmuahx..dia skandal aku..ahaks

#15 : adakah no.7 dengan no.8 ada persamaan?

ada..mereka perempuan..tapi sorang pemalu..sorang lagi bising..haha
 
#16 : nyatakan 5 perkara yg anda tau tentang orang yang mengetag anda.
   1. aku kenal dia sebab dia rumate tipah
   2. gigi dia sama macam nad..hehe [jangan marah eh].
   3. dia budak civil..
   4. bercermin mata.
   5. boyfren dia nama afiq..tahu nama tapi tak penah jumpe

#17 : perasaan anda semasa buat tag soalan ni 

emmm..biasa kot..tiru fatin
 
#18 : adakah anda tahu bahawa si razman itu sengal 

sape tu eh?..tak kenal..

#19 : gay or less?

less?..gay?..dua-dua tak..tapi geli tengok less..suka tengok gay..auwww..

sila buat tag ni ye kawan-kawan..

2010/08/11

selamat menyambut ramadhan al-mubarak..

dah lama tak menulis blog ni..dah bersarang bercacing dah..tapi aku selalu ziarah blog-blog orang..cuma diri sendiri sangat malas nak menulis..takde idea kot..malam ni tetibe rajin pulak menulis..hakhak..selamat berpuasa semua..semoga kalian tidak ponteng puasa..haha..aku tak ponteng puasa tahun lepas..period lak waktu hari pertama raya..apa yang best takyah ganti puasa..boleh nak kerek dengan kawan-kawan yang sibuk ganti puasa bila dah dekat nak tiba bulan mulia ini..

hari ini hari pertama puasa..aku keseorangan di rumah tatkala semua housemate balik kampung..pagi tadi sahur goreng roti celup telur..aku juga berjaya memasak siakap 3 rasa untuk si zaid yang teringin sangat merasa masakan aku..aku masak tom yam + telur dadar jugak..orang kata nak amik hati lelaki melalui masakan..aku pun belajar memasak siakap 3 rasa tu di internet..terima kasih kepada orang yg upload resepi itu..

sejak tinggal di rumah sewa ni aku jadik rajin semacam..sahur hari ini nak masak nasi goreng..makan dengan sambal sotong yang aku masak waktu buka puasa tadi..
esok pulak masak sphageti..semua yang aku masak ni untuk si zaid..aku taklah makan banyak waktu sahur..lagi-lagi bila berat aku dah maintain 45kg..dulu aku punya berat setakat 38-42 aje..so sekarang kena kawal sikit pemakanan aku..ahaks..
lepas ini harap harap aku semakin rajin menulis di blog ni..

2010/04/23

::untitled::

wah..da lame giler x menulis kt blog ni..tp hari2 aku bukak blog sbb aku ni suke bace2 kt tenet bile boring2..ape yg nak di cerita ni pon xtaw..semalam aku keluar ngan kawan2..g karok..aku ni bukanlah kaki karok..tp dipengaruhi oleh persekitaran kot..ahaks2~..sakit tekak memekak semalam..seronok melepaskan penat stad selame ni..


kebiasaannyer aku ni salu stat stad awal..muke aku ni la salu muncul pagi2 kat library tu kalo time stad week ni..tp kali aku enjoy sket..tu yg agak kelam kelibut sket menstad sem ni..hopefully aku xde dpt pointer teruk sem ni..stad week tu aku g jalan2 umah akk aku kt KL nung..niat dihati nk g jalan2 je..almaklumlah da hujung2 sem aku ni xde wet sgt..mmg akk aku gtaw nak ajak g shopping..tp ak x terpker lak nk membeli pape..tup tup dorg sume support aku..dah la bru bg wet kt aku wat belanje kt cn..dorg blanje lak aku shopping..tanye aku nk tu ke..nk ni ker..aku g sogo, times square, the curve n ikea..nak g jalan2 kt one utama sume da kepenatan sbb da pusing the curve n ikea..haha..dorg sume blanje aku..aku yg segan sendiri walau akk sendiri..yg paling besh tu dorg bg lg duet tiket kt aku..bkn sorg,tp due2 akk aku bagi..mmmm..org bagi xleh tolak kn..haha..aku rase sgt bertuah sbb ade akk2 yg sgt teramat baek..adikmu ini akan kenang jasa kalian..

sabtu 17hb tu..aku pegi majlis tunang lak..tunang kak ain..aku sgt teruja nk pegi..sgt nekad..sbb aku tumpang bahagia ble tgk dye bahagia..dye sgt cantek time tunang tu..salunyer dye xde mekap..xpenah mekap..skali dye mekap sgt2 lawa..sume xleh cam dye..aku plg suke tang bulu mata dye..

td aku kt blek sorang2..boring-boring aku mekap sket..td beli eyeshadow kaler silver kt guardian n eyeliner hitam..saje testing pastu amek gambo..syok sendirik la plak.. haha..bkn salu nk bergambo gambo sorang ni..

2010/03/10

hepi besday nana

smlm besday nana..adk ak yg plg kecik..smlm umornyer jdk 2taun..name nana ni pon ak yg suggest kt mak ak..dpt idea lak dr siti zanariah zainal..classmate ak yg sengal tu..hahaha..konon2 nk same cam nme dye..kalo bercite,kne gtaw nana kecik..nt sume x phm..haha..yg sorg lg tu nana tua..walaupun dye pasan kulit dye tegang mcm anita srawak..[jgn mrah eh nana]..
rndu kt adk kecik ak sorang tu..petah berkate2 mcm makcik..haha..rndu btol..hepi besday nana..nt kaknoni bg adiah eh..

2010/03/09

hepi besday aiNi~

dah lame nk pos entry ni sbnarnyer..tp xde mood nk menulis..
6mac1987..lahirla ak ke dunia ini..dulu time kecik2 aku ni itam..ntah nape da besa jdk cerah plak..haha..adk abg n akk salu ungkit kisah2 ak kecik ketika aku hitam dlu..mst kalo korg tgk gmbo ak time skola tadika dulu gelak2..itam betol..hahaha

nway--->>ak sbnarnyer nk ucap time kasih kt kwn2 yg celebrate besday tu mlm tu..terharu..seyes..ak x belakon..thanx rumate [am,ija,isz]..ros..rina..mimi..pai..adiah korang2 sume..sume pink except adiah rina tu..hehe..sheng mei pon bg adiah jugak..comei taw..lg stu ak suke gler kek tu..sedap..leh lawan secret punyer kek taw..kalo korg bg siang hari,ak leh mkn sorg jew..hahaha


siang hari plak kami sume msak2..ni bkn celebrate besday ak..tp ak pasan la konon2 celebrate aknyer besday..haha..mcm2 kami msak..sume sedap taw..

kol5 ptg lak ak g celebrate ngan buah hati..kami kuar jalan2 je..ak request nk g muara muar..kt tanjung emas..nsb bek kami x sesat..ak pon penah g skali jew..igt2 lupe..sonot dok ctu..cam xnk blk..tp terkilan sbb xdpt nek feri..igtkan smpai mlm..rupenyer smpai 6 ptg jew..nt Ed bwk Ku pegi lagi yee..time kasih Ed sbb bwk jalan2..love u..

 kt tanjung emas















ni aku mkn sket jew..haha..zaid yg abeskan..nyesal plak tolak kek dye taw..tetibe nk plak..leh mtk lg x sayang?..heeeeee

2010/02/04

si piNk~

ak nak jugak external pink tuuuuuuuu.....huhu..nk bg name si PINK lagi..
kononnyer nak murah cket kalo beli last day..tp skang habuk pon tada..huhu..akhirnyer dpt la WD yg hitam kelammm tu..mahal lak rm2..x suke..xsuke..ni sume test MESIN punyer pasal!!...kne bg name si HODOH la cmni..tggu sem dpn ak nk beli jugak si PINK..

2010/01/22

............................










arrrrrrrrrrrgggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

i'm totally suck!!!


>>mulot rase cm sampah..
>>menyampahh..
>>cepat marahh..

2010/01/15

today is..

nk dimulakan cte..arini mmg x ak duga dugaan ini..huhu..ak g jmpe penyelia td kol915..pastu bincang punye bincang bru la penyelia ak komen psl proposal ak..punye la mggu lps dye setuju tup tup arini dye soh ak tukar lak..hangin tol ak..

pas blk jmpe penyelia,ak SMS la mohd zaed..gtaw proposal ak di REJECT..haissshhh..kami pon janji nk uat same2 proposal kt library kol 10..
setibenye ak di library..ak SMS la mohd zaed ntok gtaw ak da kt library..tp zaed x dtg2 jugak..

ak agak pelik laa..x penah lak dye lewat..kalo lewat pon mst dye gtaw..ak sms la dye lg..
mase ak bace sms dye..ak rase terkaku sekejap..

zaed: abg eks.iden syg..ayg wat keje dulu eh..

ptot ker dye msg ak cmtu?ak da gabra tahap gaban..tp ak taw dye ok..15 minit pastu ak xtaw nk uat ape..ak termenung je..ptot ker ak wat keje ak?tp hati ak ni menangis2 nk taw keadaan si zaid ni..

ak msg lg n dye gtaw ak dye berada di PKU n x bagi ak pegi tgk dye..punye la kejam zaed ni..ak nekad jugak nk g PKU..tp ble ak di sana xde sorg pon yg ak kenal..
rupenye zaed ade kt bilik kecemasan..ak pon tggu sbb sgt tkot..ape da jdk ngan zaed..kwn2 zaed ramai yg datang..ak respek ngan dorg..

ak tggu dlm sejam,nset ak berbunyi..zaed soh ak blk n jgn tggu dye..smpai ati dye kn..huhu..ak nekad nk tggu gak..lantak la kn..huhu..dlm kol 1230 bru zaed kuar n blk ostel..xde luke sgt..tgn je terkehel sket..seb bek xde pape..time kasih pak din yg tlg bwk zaed blk ostel..kwn2 yg ade kt PKU td..kalo xde korg,maybe ak da nangis..td pon time tipah tnye,ak da jdk sebak..ak mmg cmtu..emosi terlebih..haha..

ending arini,zaed da ok..walaupon dye sakit lg kesan jatuh td..proposal ak pon da lulus..arap2 pasni x byk dugaan yg kami hadapi..aminn

2010/01/10

L.O.V.E IS BUTA

 kol 4:30ptg

aiNi: yeye..ujan da benti..leh mam esklimm..
zaed:yelaaa..buwerrkkks..

kol5:00
zaed:cbe bg name esklim yg syg nk..
aiNi:mmm..wall's selection yg ade marshmallow n cashewnut..namenye rocky rock kot..bekas dye kaler gold..rm8hinggit lbey cmtu laa..
zaed:ok..jgn lupe bwk sudu..

kol5:15~[ cafeteria kktdi]

aiNi:heeeeeee..esklim..[smbil bukak plastik]
          mmmm..ni bukan yg marshmallow..huhu..
zaed: alaaa..xdela syg..ni pong da selongkar peti kt welward tu..
          nt kte g berdue beli eh..mam jela esklim tu yee..
aiNi:bek2..amek sudu ni..sudu besa kte punyer..
zaed:poyo..cm bley abes je mam kn..haha..
aiNi:tgk kaki la eh..huh!

kami pon lepak2 kt cafe smpai kol645ptg..waktu petang yg sonot..heee..



ak n esklim..soo deliciousssss..yummy..erkkk..ni rupe esklim yg zaid beli..vanilla choco fudge..
ENJOY SAUCE in every spoon.. yummmy..


ni plak mohd zaed..salu wat muke kalo nk amek gmbo..aisshhh..


~the END~

2010/01/09

mlm itu indah


mlm td..kami bsiar2 melihat keindahan bndar BP ini..nk tgk sherlock holmes lak xde waktu yg mengizinkan..huhu..ksian zaid..so kami lepak2 jela kt tmpat yg TIDAK dicurigai oleh JAIBP..
mase lepak2,ak tnye la soklan ni kt zaid..

aini: dye taw x,kte skang da pat taun sebulan lima hari taw..
zaed: oh..yekew..ayg kire hari2 eh..
aini: eh..xlah..kite ade wat daisy path kt blog daa..rajinnyer nk kire..[gelak2 geli]
zaed: haha..tol gak..bes tu nape?
aini: x rase cm boring ke eh?
zaed:penah gak pker cmtu..kte tggu jela masenyer eh..
aini:ble nk tggu?
zaed:??????

hampeh tol jwpn dye yg last tu..aishhh..ade skali tu ak ngadu sakit belakang ngan dye..

aini: kte sakit belakang la 2 3 ari ni..
zaed: g la PKU..check kot2 sakit pape..
aini: malas la..ntah2 nt kalo check, doc gtaw awak de 2bulan je lg mase ntok idop..cmane?!!
zaed:haa..bagusla cmtu..sekurang2nyer, leh uat byk sket amal ibadat kn..da smpai umor kn..
aini:huhu

ni pon jawapan hampeh dye..errrrrrr..geramm jek kn..tp pape pon ak hepi ngan zaed ni..hehe




2010/01/08

kisah adik

ak ade sorg adk laki..gelaran ntok dye kuyi.. short form bg che engku mohd khairi..dulu ak pggl dye adk yi tp skang dye da besa n dye malu ngan gelaran tu..tp ak lak still dpggil noni walaupon da tua..taun ni ak 23taun..

ak bru je kol adk ak..guess what?..dye gtaw nset dye kne paw..agk kesian la kt adk ak..tp ak gelak je..haha..jahat kn ak..tp kes ak dlu lg terok..ak bg nset kt org..ak ni bek hati sgt..mak ak yg ckp..tup2 lepas kejadian tu, 2sem mak ak xpecaye kalo ak nk g jln2 sorg..huhu..

dunia skang mcm2 ade..smpai ati dye ngepaw dak skola form4..aishh..kalo ak ngan adk la time tu..ak karate dak tu smpai berdarah..hahaha..adk ak ni sorg yg cool..tp sengal same je cm ak..ak yg ajar kot..haha..tp dye sgt pndai..best student skola..x cm ak..samseng skola dlu..haha..pmr pon 8A..ak ni 5A je..huhu..da la janji nk bg adiah kalo dpt 8A kt adk ak ni..ak nk bg everlast slipper je..ak ni student lg..xde duet sgt la..nsb bek dye xkesah..haha..jimat duet ak..

ak lapa skang ni..tp mlas nk bli ns kt cafe..sbb kne bwk tupperware..siot je kn..ptg kang jela ak mkn..nk tdo la jap..keboringan tahap gaban skang ni..tata

2010/01/07

::empattaunsatubulanempathari::

x sangke lak ak da kapel selama 4taun 1bulan 4hari..wow..mcm xpecaye kn..ahhaa..mcm2 ak ngan dye lalui besame..kdg2 penah jugka rase boring,nyampah..tp lg byk rase sayang rndu kot..haha..

agak2 ak dpt ke bersame lg 4taun eh?huhu..lame lg tu..mudah-mudahan dipanjangkan la jodoh kami..lg 4taun ak pos kad kawen kt blog ni..eheeee..

aritu,time cuti sem..berat ak nek smpai 46kg..huhu..peyot pon membuncit..kne cover je peyot ak ni..skang ak da kembali normal kpd 42kg tp peyot ak mengembong..geli la kalo kurus tp buncit..malu tu..smlm bace REMAJA rumate punye..ak bace la stu fakta ni..
48% lelaki mengatakan bahawa mereka akan meninggalkan teman wanita seandainya si dia bertambah berat badan dari hari ke hari..
 ntah btol ke x itu ak pon xpasti..kne tnye bf msg2 la kn..hehe..ak tnye zaid tp dye gtaw dye nk ak jdk gemok..maybe ak kurus sgt kot..haha..tp ak rase xde la kurus sgt kn?mak ak pon gtaw ala2 model..hahaha..now,ak kne mgatasi masalah kebuncitan ak ini..punca kebuncitan ialah mkn ns selang ngan mnum air..tu habit ak dr skola lg..huhu..ske tdo lepas mkn..tu sume tu habit burok ak..haha..

so, azam taun baru ni ak nk ubah sume habit buruk ak n hepily ever after ngan zaed..muaahhhx..

bla bla bla..

da lame gler x tulis kt blog ak ni..nape ntah..da xde mood nk berblog kot..hehe..org ckp taik taik ayam..

ptotnyer skang ak ngah siap g klas..tp klas batal plak..cm besh gak klas xde..mood stad ak pon lom ade..sem ni ak wat psm..td da anta proposal..sbb bek pnyelia ak ni sorg yg sempoi..lulus gak aknyer taw..tp lom smpai ke coordinator lg..arap2 en zarafi luluskan la nt..aminn..

smlm ak ponteng klas..kantoi plak ngan en suhaimi..adoyaiii..tp xpela..td dye wat dek je time ak jmpe dye..sok ari jumaat..genap 2mggu ak blaja kt cn..haha..

ape lg eh nk cte..itu jew kot..tp mggu ni ak kne tipu..ak da redha ngan itu..ak da serik..haha..salah diri sndri gak..