2011/12/31

happy new year

hello.
i'm back.
it's been two month i don't babbling at this blog.
now, i'm trying to make some time to this blog.hopefully!

tomorrow is new year.what is your wishlist for the next year?
me? the most important think is. i need my driving license. i'm 24 already and tomorrow i will become 25 and i don't have driving license.so embarrassed!
then i need my own car. i don't like to ' tumpang' my friend to go work.i wake up early in the morning but then i need to wait for him.
for this meantime, after i pass the OJA, i will find a room to rent and hopefully i will find a room that i can just walk in to the office.
another wishlist, i hope that i will get job at johor.i want to be johorian.can i?haha.
i want to 'bertunang' or 'berkahwin' this year. (*.*) this wishlist might be fullfilling by another year or year or.....:(

another wishlist?ahaks.will think about that.

happy near year!
wish all the best for everyone.

2011/09/15

macam macam dugaan jadi dalam bulan ramadhan.

mungkin dugaan berlaku ada sebab tertentu.semua yang berlaku ada hikmah dan sebab.

mungkin kerana dosa yang banyak, sikap yang takbur, lupa diri.

semuanya mungkin.

semoga syawal dan masa akan datang membawa seribu makna untuk aku.



2011/07/08

hari berganti.

setelah di tolak tambah,

lagi tiga minggu lagi untuk aku menjalani latihan industri.

lagi satu minggu untuk aku pergi merehatkan diri. agak teruja.

lagi tiga minggu juga untuk memulakan karier baru. ada misi untuk di capai.

lagi lima minggu untuk berjumpa sudin.

yang pasti banyak lagi urusan yang masih belum selesai. perlu penyelesaian segera.harap harap aku tak malas!


p/s: semoga urusan aku dipermudahkan.amin.

kisah beliau

minggu lepas, kasi laptop aku yang berumur hampir enam tahun itu kepada encik penyelia. encik penyelia aku ini hebat dalam membaiki dan membaik pulih laptop dan segala jenis barang elektrik.

oh, terima kasih encik penyelia. tanpa kamu, laptop aku akan terus bergantung harap pada dua bijik cooler. sebelum ini aku salahkan laptop aku sebab usia dan kerendahan kelajuan beliau yang menyebabkan beliau jadi macam itu. namun hakikat yang sebenar ialah kilang kayu yang berada di UTHM. 

habuk debu dan segala bagai yang mencemarkan udara telah membuat laptop aku merana. enam tahun laptop aku menderita, sengsara gara-gara kilang kayu di sebelah UTHM itu.


ini rupa bentuk laptop aku yang sebenar.


ini pula rupa bentuk habuk yang menyebabkan beliau tidak dapat bernafas dengan baik.


p/s: jika sekiranya encik penyelia baca blog, saya sudah merealisasikan harapan encik.abadikan gambar laptop ini.

2011/06/26

semangat

okay, macam dah lama tak update blog. aku baru timbang berat dan 5kg lemak hilang walaupun kadang kadang aku tak dapat menahan nafsu makan dan batin.

terima kasih kepada yang memberi nasihat. aku ingin berkongsi dengan korang semua nasihat ini. jagalah badan anda sebelum terlambat. mencegah lebih baik kan.

 pemandangan dari atas bukit. nampak tak masjid kristal?







teman setia ke mana sahaja.


 semangat membuang lemak. 

 p/s: terima kasih kepada yang memberi nasihat dan memberi semangat membuang lemak. terima kasih nike air.

2011/06/06

bumi merah jambu


pernah lepak tepi pantai pukul enam atau tujuh pagi. serius mesti teruja tengok sunrise. cantik dengan udara segar dan nyaman. 

okay, sekarang misi baru mahu jogging tepi pantai setiap hari jumaat dan bila hari free. atau mungkin silih berganti dengan jogging di bukit. 

ini pemandangan pantai yang bakal aku jelajahi setiap hari jumaat mungkin. 



ini bukan matahari terbit. ini matahari terbenam. 


 semua gambar di atas di ambil pada sekitar pukul 630 hingga 715 petang. 





okay, sekarang pula gambar dibawah pula di ambil sekitar pukul 7 hingga 830 pagi. tak sempat ambil gambar sunrise








  candid gambar bersin. sila zoom kalau nak tengok dengan jelas. 








p/s: tapi sayang, pantai ini agak kotor. sampah merata rata. tolong lah sayangi pantai.

nasi lemak


pernah makan nasi lemak 0.60 sen ? sedap beb. sangat sedap bila ada sambal plus ikan tongkol. terbaik. aku  baru melepaskan nafsu dengan makan tiga bungkus nasi. sangat sedap. nak? sila la datang rumah aku. 





2011/06/02

kapal layar.


saja men upload gambar ini. ambil daripada drawing yang syarikat tempat aku praktikal. ada kapal nama diberi sempena nama samaran aku. agak agak ada ke nama kapal sudin. SUDINSHIP!

2011/05/23

nama saya aini

saya suka tempat praktikal saya.


 yeeeeeehaaaaaaaaa.


 yeeeeeeeeehaaaaaaaaa.


saya dapat supervisor yang sporting. graduate daripada UK.


sekarang saya cuma berharap saya dapat supervisor universiti yang baik juga

2011/05/22

hari pertama

untuk hari ini, aku sekadar melawat tapak kerja. berkenalan dengan ramai orang. mereka semua baik dan ramah. tapi itu bukan tempat aku sebenarnya. esok baru aku akan berjumpa dengan penyelia dan rakan rakan praktikal yang lain. harap ada perempuan.

pengalaman hari ini, aku memanjat kapal yang sedang di bina.

jom kongsi keterujaan aku.






 kasut keselamatan aku. sekali pandang macam kasut budak sekolah rendah. 




ini pula kabin tempat aku beristirehat.antik kan. 







dua gambar di atas pula tempat aku bekerja. tapi mungkin minggu depan atau depan baru mula bekerja.








gambar gambar di atas pula kawasan kapal di bina. aku panjat kapal itu la tadi. lupa nak ambil gambar tangga  kapal itu. mungkin aku akan membuat wiring dalam kapal itu nanti. mungkin tidak.

2011/05/21

besar membesar

oh aini. kamu sudah semakin besar dan membesar. sila fokus pada peha ye. 











2011/05/20

kasut selamat

ahad, bermula lah kisah hidup baru aini. takut berbaur risau bercampur teruja. kepada mereka yang akan menjalani latihan industri pada ahad dan isnin ini, semoga anda semua berjaya. semoga kita semua dapat penyelia yang baik dan rakan kerja yang baik. amin






kasut kerja aini. cantik kan.nanti kasut ini bertukar colour pink. yeehaaaa.yeeehaaaa.

2011/05/16

oh aini

tadi aku tanya encik googles mengenai tempat yang aku bakal praktikal.

encik googles buat aku sangat takut. macam mana sekarang ini? aku memang tersalah pilih tempat praktikal. harap harap aku dapat supervisor baik.

Pulau Duyong yard is allocated for construction of steel vessel above 1000 tones displacement, such as Tug Boat, Anchor Handling Tug, Support Supply Vessel, Survey Vessel, Coastal product tanker and Bunker Barge. The 8.3 acres of land at Pulau Duyong is concentrated on steel vessel like offshore vessel especially for oil & gas support industry market.


aku kena beli safety shoes. tapi yang macam phua chu kang pakai ke? setiap hari aku kena pakai lab coat. kena pakai safety helmet. oh aini, kenapa kau tak tanya awal awal dulu haa sebelum kau apply praktikal.

oh hati

okay, sekarang aku di bumi terengganu. panas di siang hari tetapi hujan di malam hari.

hari ini dan semalam aku mencari kedudukan sebenar tempat praktikal aku. tempat praktikal aku yang sebenarnya aku sangat suka kerana alamatnya sangat dekat dengan rumah sebenarnya palsu semuanya.

sebenarnya aku praktikal di satu pulau yang jarak hampir 15-20 minit dari rumah. yang dekat dengan rumah itu hanyalah sekadar office sahaja. nama sebenar yang aku kena praktikal ialah  MSET SHIP BUILDING.

oh bagaimana aku akan hadapi semua ini.sangat takut sebenarnya.

2011/04/29

undangan majlis perkahwinan.


macam ala- ala retro tak bila nama aku di gabungkan dengan abang sudin? haha.
engku aini & abg sudin.


tahniah kak shapura. semoga kekal berbahagia hingga akhir hayat. tak dapat datang majlis akak sebab masa tu tengah latihan industri. T.....T

2011/04/28

jiwa remaja.

minggu ni, setiap hari aku ke perpustakaan. semangat remaja aku membuak-membuak di saat akhir aku berada di parit raja ini.

okay, orang dalam gambar di bawah ini ialah orang yang belajar bersama aku. tapi dia lagi berjiwa remaja. remaja kental.





gambar bawah ini pula, koleksi alat tulis aku yang berwarna merah jambu. semangat kena ada untuk belajar. akhirnya aku jumpa pen berdakwat biru bersalut merah jambu.




ini pula buku yang menyelamatkan aku jika aku mengantuk. buku mencari perkataan yang tersembunyi. nak beli?sila cari di pesta buku pwtc ye. tapi aku rembat kakak aku punya.





esok aku paper electrical circuit theory. subjek diploma yang tak dapat transferkan. dulu aku malas. sibuk mengorat si sudin agaknya. doakan saya dapat menjawab dengan hati yang tenang ye esok.




p/s: terima kasih kepada sudin yang memberi botol air. terima kasih pada kakak. kamu banyak berjasa. sangat banyak jasa mu. saya sayang kamu semua.

2011/04/11

kira kira.

jom kita semua mengira.

lagi 32 hari kita semua akan meninggalkan bumi parit raja. disebabkan itu, aku akan meninggalkan semua makanan kegemaran aku di sini. oh, mesti rindu nak makan lagi.

selamat kembali ke negeri sendiri. semoga berjaya dalam peperiksaan. semoga berjaya dalam hidup semua.









dan aku kena belajar berjauhan. semoga berjaya aini!

2011/04/10

jom jimat.

jom jimat dengan makan maggi goreng.













2011/04/08

hai kamu

kepada kamu.

kamu sangat baik. kamu tolong saya buat coding. saya cakap saya nak bayar kamu. tapi kamu cakap free of charge. walaupun kamu dah kerja, kamu sibuk, kamu tolong saya dengan alasan kamu suka buat coding. kamu suka buat program guna assembly language. kamu memang bagus.

walaupun kamu tak kenal saya masa saya telefon kamu. kamu tak kenal aini. terpaksa saya cakap saya engku aini. tu pun saya tak pasti kamu kenal tak kan?.

terima kasih kamu. terima kasih sangat banyak. semoga kamu berjaya dalam hidup.

2011/04/02

jangan cakap jangan

macam mana nak jadi baik?
tiada rasa hasad dengki, cemburu, busuk hati.

kau pernah mengata orang?
aku pernah mencanang keburukan orang.mungkin dalam keadaan sedar atau tengah marah.

tolong lah berhenti mengata orang.mencanang keburukan orang. tolong lah aku. kadang-kadang bila aku dah ter mengata orang, aku marah diri sendiri sebab mengata orang.

kadang kadang aku percaya karma. orang cakap kalau tak kena diri sendiri, akan kena kat anak cucu kelak.
what goes around comes around.


jangan juga cakap " aku takkan buat macam tu". aku pernah cakap dan akhirnya aku sendiri yang buat.

oh, macam mana nak jadi baik?.kadang kadang bila kita baik, kita akan di buli.

semoga aku akan berubah.

hei kau kau

aku rasa hati aku dah tersalah marah kau.
kau memang ada habit suka sepak sepak baldi.
pelik tapi benar kan.hati aku minta maaf ye.

2011/04/01

hei kau.

malam tadi, aku kena marah. kenapa?
sebab aku takut nak join bisnes free orang tu.

hati aku bermonolog. " hei kau, kenapa kau nak marah aku? bukan aku yang sibuk sibuk tanya kau pasal bisnes kau. kau yang promote kat aku. aku dengar la.tapi macam tak logik bisnes tu. kau ingat senang senang ke nak bagi nombor kad pengenalan aku, no phone aku dan nama penuh aku suka suka hati haa? memang lah kau cakap free tapi mana ada benda free dalam dunia lah."

pagi tadi aku bangun pukul 7 40 pagi. kelas pukul 8 pagi. masa buka pintu bilik, budak depan bilik aku pun bukak pintu. tapi aku sempat masuk dulu dalam shower room. tapi yang aku hairan, budak tu bising bising. buat bunyi tanda protes. bila aku siap mandi pun, dia sepak je baldi mandi dia. tunjuk lagi protes.

hati aku bermonolog. " hei kau, kenapa kau nak marah aku? aku potong queue kau nak mandi ke? aku dulu masuk shower room tu kot. lain lah kalau kau tunggu depan shower room tu pastu tetiba aku datang potong queue kau kan. kalau kau gaduh dengan boyfriend kau pun, kenapa aku yang kau marah."


semua rasa marah simpan dalam hati. bila hati full, hati akan cakap " hei kau, aku memang menyampah la dengan kau."

2011/03/31

boleh kamu simpan rahsia?

semalam aku baca novel.novel pinjam dari amalina
.nak beli sendiri mahal.nama novel tu can you keep a secret?

paling suka bila si penulis Sophie Kinsella cakap  
          it's completely normal to have the odd little secret from your boyfriend.

lagi satu rahsia Emma daripada Jack.
Last night, when Jack said, "What are you thinking about?"and I said," Oh,nothing," that wasn't quite true. I was actually planning the names of all our children.

korang pun sama kan.kadang-kadang kita tak boleh nak bagitahu apa sebenarnya yang kita fikir. jadi, terpaksa rahsiakan. novel ni terbaik.nak baca? pinjam dengan amalina ye.

2011/03/30

berlatih.

alhamdulillah.

akhirnya aku berjaya mendapat tempat untuk berlatihan industri.

tempat tinggal? oh tiada. tapi cuma 5minit dari rumah.
pengangkutan? oh tiada. aku ada motor TAJ5503
makanan?.oh tiada. makan kat rumah
elaun? oh ada. tapi RM =dirunding.

semoga bos dan pekerja semuanya baik .amin

terima kasih jaja tolong ambilkan dan fotostatkan.sayang kamu lah.

2011/03/28

karma

kau percaya karma?

2011/03/27

bumi jam

semalam,dunia kami gelap kerana menyahut seruan bumi jam atau earth hour selama satu jam.


semalam juga kami beli durian lapan biji dengan harga Ringgit Malaysia sepuluh ringgit. terbaik kan.


sebab?


kami semua gebu gebu.

2011/03/26

cita cita

nama aku aini.

dulu masuk sekolah teknik belajar kejuruteraan elektrik walaupun niat hati nak amik bidang accounting.
diploma pula kejuruteraan elektrik serta pendidikan. walaupun ada kejuruteraan elektrik tapi belajar juga sebab cita-cita menjadi pensyarah.
sambung belajar lagi ambil ijazah.ijazah kejuruteraan elektrik dalam bidang mekatronik.


cita-cita aku nak jadi pakar psikologi.


seronok dapat bantu orang atasi masalah hidup.

selamat hari lahir

bulan mac.
6hb mac hari lahir aku.
9hb mac hari lahir adik aku nana.
12hb mac hari lahir abang aku.
13hb mac hari lahir ayah.

terima kasih kepada yang meraikan hari lahir aku.
terima kasih kepada semua yang bagi hadiah.



 

2011/03/15

oh nana

nak kenal adik aku?
nama nana.berusia 3tahun.
sila klik link bawah.

2011/03/14

kisah kereta

kau pernah naik kereta?
tipu la kalau tak pernah kan. tapi aku tak pernah naik kereta api seumur hidup. serius beb!
oke,sekarang tukar ayat pula. semalam aku naik kereta api. tak teruja? oh aku sangat teruja. lantaklah kalau engkau orang nak cakap aku jakun ke. tapi pasti aku suka kereta api.
aku travel dari Batu Pahat -Kuala Lumpur-Johor Bharu dalam masa sehari. tak penat? mestilah tak sebab aku naik kereta api.
motif? memang nak naik kereta api.
fakta : korang tahu tak bila korang berak dalam kereta api, tahi korang jatuh bersepah-sepah kat landasan.

nanti bila duit aku bersepah-sepah, aku nak beli satu bas travel yang fully furnished kaler pink.

2011/03/09

angin oh!

aku rasa kita dah jadi normal balik kan.


sudin, ko pernah rasa tak cinta itu menyampah. aku selalu rasa macam tu bila kita gaduh.


aku rasa cinta itu tahi.walaupun busuk tapi puas. betol tak?



2011/03/08

oh angin!

ko perasan tak?.




kita sudah tak mesra seperti dulu kan?

2011/03/02

bosan sungguh.

hari ini rabu.bosan sungguh.niat hati semalam nak study kat library.tapi malas pulak.

bila bosan aku ber internet.tertengok la facebook orang yang pergi ke festival perkahwinan. aku berkenan dengan pelamin-pelamin yang ada. seriously cantik dan unik.

pelamin ni yang aku paling suka.lawa kan.siap ada basikal lagi.nanti tukar basikal jadik vespa.menarik juga kan.
agak-agak lawa tak kalau tukar colour kerusi tu jadik pink?pastu kipas pink tu jadik biru?.





yang gambar bawah ini pula, simple tapi cantik.





yang ini agak unik kan.cantik juga bagi sesiapa yang rasa nak buat lain dari yang lain.