2011/04/29

undangan majlis perkahwinan.


macam ala- ala retro tak bila nama aku di gabungkan dengan abang sudin? haha.
engku aini & abg sudin.


tahniah kak shapura. semoga kekal berbahagia hingga akhir hayat. tak dapat datang majlis akak sebab masa tu tengah latihan industri. T.....T

2011/04/28

jiwa remaja.

minggu ni, setiap hari aku ke perpustakaan. semangat remaja aku membuak-membuak di saat akhir aku berada di parit raja ini.

okay, orang dalam gambar di bawah ini ialah orang yang belajar bersama aku. tapi dia lagi berjiwa remaja. remaja kental.





gambar bawah ini pula, koleksi alat tulis aku yang berwarna merah jambu. semangat kena ada untuk belajar. akhirnya aku jumpa pen berdakwat biru bersalut merah jambu.




ini pula buku yang menyelamatkan aku jika aku mengantuk. buku mencari perkataan yang tersembunyi. nak beli?sila cari di pesta buku pwtc ye. tapi aku rembat kakak aku punya.





esok aku paper electrical circuit theory. subjek diploma yang tak dapat transferkan. dulu aku malas. sibuk mengorat si sudin agaknya. doakan saya dapat menjawab dengan hati yang tenang ye esok.




p/s: terima kasih kepada sudin yang memberi botol air. terima kasih pada kakak. kamu banyak berjasa. sangat banyak jasa mu. saya sayang kamu semua.

2011/04/11

kira kira.

jom kita semua mengira.

lagi 32 hari kita semua akan meninggalkan bumi parit raja. disebabkan itu, aku akan meninggalkan semua makanan kegemaran aku di sini. oh, mesti rindu nak makan lagi.

selamat kembali ke negeri sendiri. semoga berjaya dalam peperiksaan. semoga berjaya dalam hidup semua.









dan aku kena belajar berjauhan. semoga berjaya aini!

2011/04/10

jom jimat.

jom jimat dengan makan maggi goreng.













2011/04/08

hai kamu

kepada kamu.

kamu sangat baik. kamu tolong saya buat coding. saya cakap saya nak bayar kamu. tapi kamu cakap free of charge. walaupun kamu dah kerja, kamu sibuk, kamu tolong saya dengan alasan kamu suka buat coding. kamu suka buat program guna assembly language. kamu memang bagus.

walaupun kamu tak kenal saya masa saya telefon kamu. kamu tak kenal aini. terpaksa saya cakap saya engku aini. tu pun saya tak pasti kamu kenal tak kan?.

terima kasih kamu. terima kasih sangat banyak. semoga kamu berjaya dalam hidup.

2011/04/02

jangan cakap jangan

macam mana nak jadi baik?
tiada rasa hasad dengki, cemburu, busuk hati.

kau pernah mengata orang?
aku pernah mencanang keburukan orang.mungkin dalam keadaan sedar atau tengah marah.

tolong lah berhenti mengata orang.mencanang keburukan orang. tolong lah aku. kadang-kadang bila aku dah ter mengata orang, aku marah diri sendiri sebab mengata orang.

kadang kadang aku percaya karma. orang cakap kalau tak kena diri sendiri, akan kena kat anak cucu kelak.
what goes around comes around.


jangan juga cakap " aku takkan buat macam tu". aku pernah cakap dan akhirnya aku sendiri yang buat.

oh, macam mana nak jadi baik?.kadang kadang bila kita baik, kita akan di buli.

semoga aku akan berubah.

hei kau kau

aku rasa hati aku dah tersalah marah kau.
kau memang ada habit suka sepak sepak baldi.
pelik tapi benar kan.hati aku minta maaf ye.

2011/04/01

hei kau.

malam tadi, aku kena marah. kenapa?
sebab aku takut nak join bisnes free orang tu.

hati aku bermonolog. " hei kau, kenapa kau nak marah aku? bukan aku yang sibuk sibuk tanya kau pasal bisnes kau. kau yang promote kat aku. aku dengar la.tapi macam tak logik bisnes tu. kau ingat senang senang ke nak bagi nombor kad pengenalan aku, no phone aku dan nama penuh aku suka suka hati haa? memang lah kau cakap free tapi mana ada benda free dalam dunia lah."

pagi tadi aku bangun pukul 7 40 pagi. kelas pukul 8 pagi. masa buka pintu bilik, budak depan bilik aku pun bukak pintu. tapi aku sempat masuk dulu dalam shower room. tapi yang aku hairan, budak tu bising bising. buat bunyi tanda protes. bila aku siap mandi pun, dia sepak je baldi mandi dia. tunjuk lagi protes.

hati aku bermonolog. " hei kau, kenapa kau nak marah aku? aku potong queue kau nak mandi ke? aku dulu masuk shower room tu kot. lain lah kalau kau tunggu depan shower room tu pastu tetiba aku datang potong queue kau kan. kalau kau gaduh dengan boyfriend kau pun, kenapa aku yang kau marah."


semua rasa marah simpan dalam hati. bila hati full, hati akan cakap " hei kau, aku memang menyampah la dengan kau."