2011/07/08

hari berganti.

setelah di tolak tambah,

lagi tiga minggu lagi untuk aku menjalani latihan industri.

lagi satu minggu untuk aku pergi merehatkan diri. agak teruja.

lagi tiga minggu juga untuk memulakan karier baru. ada misi untuk di capai.

lagi lima minggu untuk berjumpa sudin.

yang pasti banyak lagi urusan yang masih belum selesai. perlu penyelesaian segera.harap harap aku tak malas!


p/s: semoga urusan aku dipermudahkan.amin.

kisah beliau

minggu lepas, kasi laptop aku yang berumur hampir enam tahun itu kepada encik penyelia. encik penyelia aku ini hebat dalam membaiki dan membaik pulih laptop dan segala jenis barang elektrik.

oh, terima kasih encik penyelia. tanpa kamu, laptop aku akan terus bergantung harap pada dua bijik cooler. sebelum ini aku salahkan laptop aku sebab usia dan kerendahan kelajuan beliau yang menyebabkan beliau jadi macam itu. namun hakikat yang sebenar ialah kilang kayu yang berada di UTHM. 

habuk debu dan segala bagai yang mencemarkan udara telah membuat laptop aku merana. enam tahun laptop aku menderita, sengsara gara-gara kilang kayu di sebelah UTHM itu.


ini rupa bentuk laptop aku yang sebenar.


ini pula rupa bentuk habuk yang menyebabkan beliau tidak dapat bernafas dengan baik.


p/s: jika sekiranya encik penyelia baca blog, saya sudah merealisasikan harapan encik.abadikan gambar laptop ini.