2010/12/25

cantik.

pada satu hari aku tengok cerita pelakonnya jue aziz.terus berkenan kat rambut dia.lawa panjang lembut.mahu rambut macam itu jugak.

jue aziz.lawa kan rambut dia.

 
 tak pun macam artis ni.

 macam ini lagi cantik

tapi rambut saya macam ini saja.boleh ke jadi macam dorang eh.


 

matahari terbit.

tadi pagi pukul 6:45,aku bersama adik bergerak dari rumah ke gong badak.kami mahu berjoggingan di tepi tasik stadium terengganu.sangat cantik matahari terbit di situ.trek jogging yang agak panjang,jauh.tapi aku berlari satu pusingan dan berjalan satu pusingan.

terasa panas perut masa berlari.mungkin lemak sedang terbakar cair kan.sangat banyak lemak kat perut itu.sekarang lemak berada kat peha pula.esok mahu jogging lagi.tapi atas bukit pula.baru ada semangat kalau pemandangannya indah kan.

azam tahun baru,tak nak bagi  lemak terkumpul kat perut ini lagi.haha




 indah kan.segar di waktu pagi walaupun tak mandi.hehe

2010/12/24

oh cinta.

tadi,dalam pukul 430 petang kawan lama dari sekolah teknik datang ambil kat rumah.ajak keluar jalan-jalan.sebelum tu kena tanya si dia dulu boleh ke tidak aku keluar kan.walaupun aku tahu memang pasti dapat sebab dia memang tak kisah.cuma mesej dia "xpelah.jgn balik malam-malam la kalau boleh eh sayang.jaga diri baik-baik ye sayang".mungkin maksud jaga diri tu maknanya sedarlah awak tu buah hati saya.jangan jatuh hati kat kawan tu pulak.hahaha.

macam-macam topik dibincangkan tadi.terima kasih ejan bawa aku keluar.memang sangat bosan duduk rumah.cuma aku tak berapa suka sebab masa kami dalam kereta,teman wanita dia telefon dan dia suruh aku diam.maknanya dia tipu la kan.bila aku cakap tak baik menipu tapi dia bagitahu nak jaga hati sebab mungkin teman wanita dia tak suka.nanti dia sakit hati dan gaduh.

dia cakap aku pun mesti tak bagitahu si dia.oh,aku tak pernah rahsiakan perkara macam itu.lagipun kami lebih open minded sebab kami berdua belum ada ikatan sah.jadi,kami tidak boleh halang antara satu sama lain untuk keluar.mungkin sekadar memberitahu sudah memandai kan.ada perasaan cemburu tapi kami percaya antara satu sama lain.

yang pasti,aku makin sayang si dia.saya sayang kamu.
 
 mahu tidur awal.mahu berjoggingan esok pagi di tepi tasik.bye!

2010/12/23

nasi air hujan.

perut terasa panas pedas lepas makan nasi air.agaknya terlebih letak cili tadi.dengan kemahiran yang ada, sedikit sebanyak dapatlah masak nasi air.malam ni pun hujan dah berhenti.kenapa mesti di waktu malam hujan mahu berhenti.perlu ke nyanyi lagu shin chan itu?.semua orang menyampah dengar aku nyanyi lagu hujan rintik-rintik itu.mungkin suara aku terlalu merdu kot.jom kita nyanyi sama-sama kasi bumi terengganu kembali hujan.
jom nyanyi.ulang empat kali ye.
     "hujan rintik-rintik.tumbuh daun lalang.aini sangat cantik.semua orang sayang.lalalalala"

bosan waktu hujan.

saja upload.saja mengedit gambar.takde keje dah.bosan duduk rumah.asik makan.tido.hujan tak nak pulak berhenti turun.duduk rumah tajamkan kemahiran masak.nanti mahu buka kedai burger.sangat sedap.nasib baik ada internet percuma ni.kalau tak,haram jadah aku kebosanan di rumah.tapi mak pun dah bising bil elektrik naik.haha.takpe mak.lagi dua minggu je.teringin tulis entri dalam english.tapi tak yakin dengan kemahiran yang ada.entah-entah takde kemahiran.haha.nak sahut cabaran sue anna joe tu.lain kali jelah kan.

cinta malas.

dialog antara satu pasangan.

lelaki:dah mandi belum dia?
perempuan: entah.cuba tanya mak kita.
lelaki: mesti belum kan.kan.
perempuan: haha.hujan lah.sejuk.
lelaki: tak nak lah kawan dengan dia.
perempuan: tapi nak kawin dengan kita kan.
lelaki: mestilah.hehe

oh.aku cinta kamu.

 

2010/12/22

lima tahun 2 minggu 5 hari

oh.terasa begitu lama hubungan kita kan.mahu tak kamu jadi pasangan hidup aku untuk tiga empat tahun akan datang? ily zaid.