disebabkan dah takde keje.aku tido di waktu hujan pada hari kedua di asrama.bangun tido pergi ronda parit raja dengan roomate baru yang dah kenal lama.
esok,hari pertama kuliah.tak mungkin la pergi kelas kan.sebenarnya nak cerita pasal berat aku.sekarang aku seberat 47.4kg.macam tak percaya.siap timbang dua kali.rugi duit aku 20sen.dulu berat aku 38kg-42kg sahaja.tu pun kadang-kadang baru dapat 42kg.selalunya aku maintain 40kg cmtu la.
azam tahun baru lagi.nak kekalkan 47kg ni.amin
2011/01/03
2011/01/01
selamat tahun baru.
selamat tahun baru semua.semoga azam baru anda semua tercapai.malam tadi aku sambut tahun baru dalam bas.bertarung nyawa dengan pakcik bas yang botak garang gemuk bawa laju sambil merokok.alhamdulillah,selamat juga aku sampai jb.terima kasih si dia amik aku.semasa makan dekat hentian machap,si dia bagitahu cemana nak bezakan melayu malaysia dengan melayu singapura.cara cakap dengan cara pakai.nak mandi tadi kat hentian machap tapi toilet semua rosak.berus gigi tertinggal kat rumah.tulis entri ni baru sedar tak gosok gigi lagi hari ni.patutlah gigi kuning kan.kan.tapi mak cakap gigi kuning tu sihat kuat.betul?
sekarang perut lapar.dah rindu mak kat rumah.sekarang duduk hostel aras satu.dekat dengan tasik.nak print jadual pastu nak susun jadual.harap lapar hilang.pergilah jauh-jauh lapar.

2010/12/28
katak oh katak.
terasa segar mandi pagi pada pukul 3petang.ok la tu mandi jugak kan.sama la macam angelina jolie. korang ada baca paper metro baru-baru ni.angelina jolie tak suka mandi.alasan dia sibuk dengan anak-anak dan shooting.aku pulak nak jimatkan air kat rumah.kesian mak nanti.lagipun hujan kat terengganu ni dari malam tadi taknak berhenti.
aku dah terlari topik pula.nak cerita pasal result sebenarnya.hari ni result dah keluar.result aku macam itu jelah.dah memang aku target nak maintain cpa aku.termenyesal jugak sedikit dengan kemalasan aku sem ni.tapi takpelah,syukur alhamdullillah sebab final year project sudah selesai.tahniah buat si dia kerana dapat result bagus.tahniah pada adik yang dapat 3.8 something.tahniah pada semua yang dapat dekan.tahniah pada semua yang dah nak pergi latihan industri.
lagi satu azam tahun baru,nak kumpul lagi satu dean list.amin.

2010/12/27
2010/12/26
oh bola.
baru lepas tengok bola.tak ada apa yang menarik.sekadar tahu malaysia menang 3-0.mungkin cuba untuk meminati bola.si dia gilakan bola.suka hati la dapat tengok bola live kan.siap beli baju bagai lagi.takpe,minat punya pasal.
tadi,keluar pergi beli tiket.tapi habis pula.sangat tak suka pergi beli tiket.kan best kalau bas ke batu pahat tak payah beli tiket bagai.haishh.lastly,beli tiket ke johor bharu.tapi dah serik naik bas dari JB-AIR HITAM.hari itu,pernah naik bas yang pemandunya india.masa mula-mula naik tu adalah seorang perempuan.tapi bukan malay la.bayangkan pukul 5pagi masa itu.sampai kulai yang ada dalam bas tu aku,driver india dan seorang bangladesh.paling risau driver tu bawa bas gila laju.nasib baik aku hidup lagi dan dapat menulis blog ini.
hari ni dapat selipar baru.fipper blue pink .lawa.gantikan fipper orange green aku yang dah buruk.habis madu sepah dibuang lah kan.haha.

bukit indah.
hari ini membuang lemak lagi.tapi kali ini di atas bukit pula.seronok berjalan dalam kabus kabus embun pagi.terasa mahu pergi lagi esok.mungkin sudah obses pada keindahan ciptaan-NYA.
agak ramai orang pagi ini.kalau tak suka ramai orang datang dalam area pukul 7.macam kami.paling ramai suami isteri anak-anak,yang bercinta-cinta pun satu pasangan je.takkan ber- dating kat atas bukit pula kan.haha.paling suka tengok pasangan yang dah tua.oh,harap-harap aku nanti pun macam itu juga.hapily ever after sampai muka kedut-kedut dengan si dia.paling kelakar hari ni ada seorang tu pakai ballet shoes warna merah petak-petak.begitu bersemangat dia kan.
macam mahu buat aktiviti ini setiap hari.tengok lah macam mana.kaki lenguh sebab tak buat streching.kalau ada kawan-kawan jogging pasti mereka tolong aku buatkan.sudah lupa step la.hehe.

ni pemandangan kat atas bukit.
ini adik saya.
macam mahu buat aktiviti ini setiap hari.tengok lah macam mana.kaki lenguh sebab tak buat streching.kalau ada kawan-kawan jogging pasti mereka tolong aku buatkan.sudah lupa step la.hehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)