2011/03/02

bosan sungguh.

hari ini rabu.bosan sungguh.niat hati semalam nak study kat library.tapi malas pulak.

bila bosan aku ber internet.tertengok la facebook orang yang pergi ke festival perkahwinan. aku berkenan dengan pelamin-pelamin yang ada. seriously cantik dan unik.

pelamin ni yang aku paling suka.lawa kan.siap ada basikal lagi.nanti tukar basikal jadik vespa.menarik juga kan.
agak-agak lawa tak kalau tukar colour kerusi tu jadik pink?pastu kipas pink tu jadik biru?.





yang gambar bawah ini pula, simple tapi cantik.





yang ini agak unik kan.cantik juga bagi sesiapa yang rasa nak buat lain dari yang lain.

2011/02/27

cemburu.

aku rasa macam ada penyakit.penyakit cemburu.
aku cemburu bila aku berjalan seorang dan aku ternampak sepasang kekasih berpegangan tangan.macam tadi dalam LRT,sepasang kekasih bermesra manja depan aku.terpaksa berpura-pura tidur sebab perasaan cemburu membuak-buak.takut ternangis pula.oh,aku sangat cemburu.mungkin sebab aku berseorangan.mungkin sebab tiada si dia atau kawan-kawan di sisi.
tapi aku tak rasa sangat cemburu bila si dia cakap " sayang.kita nak keluar dengan aminah dan zubaidah ye."

aini oh

satu malam, aku berjalan-jalan.ternampak seekor binatang yang lagaknya seperti seekor katak sedang membuncitkan perutnya.tatkala aku melintasi melepasi beliau,beliau melompat ke atas kaki aku.aku menjerit oh babi.sekarang aku confius sebenarnya aku ternampak babi atau katak

2011/02/23

janji.

oke.
aku janji dengan kawan-kawan mahu keluar hujung minggu ini membeli belah sedikit.
tapi aku tukar plan diri sendiri dengan mementingkan diri sendiri untuk pergi ke Sentul Kuala Lumpur.
tapi aku ada alasan kukuh kan kawan-kawan?
maaf ye kawan.
jangan serik lagi untuk keluar dengan aku.

tabiat.

agak-agak apa tabiat pelik engkau orang ye.
tabiat pelik aku memang pelik.
cuba untuk mengubah tabiat itu tapi belum terubah lagi sebab mungkin itu tabiat.

2011/02/22

belajar berkahwin bahagian dua

hari kedua, tiada cerita menarik.tapi kesimpulan daripada kursus kahwin ni menarik.tidak bosan.ada seorang imam tu kelakar gila.tapi apa yang aku paling teruja masa dapat sijil kahwin tu.ada gambar beb.menarik kan.

mimi dan aku.

sudin dan aku

sudin lagi.

lagi sudin.

kami semua.
sijil aku.

matahari oh!

cantik tak matahari di waktu petang ni?
indahnya parit raja kan.