2013/11/04

Dilema seorang gadis.

dilema.

antara wang dan masa depan.

ceritanya, aku mendapat tawaran kerja di Pos Malaysia Berhad , Shah Alam. Asalnya mahu test market pergi temuduga. Ingatkan memang tiada rezeki tetapi rezeki menyebelahi aku. Lokasi yang agak jauh dan aku tidak mahu mengambil risiko untuk mencari rumah sewa. Itu salah satu alasan yang aku cuba membuat hatiku tenang.

Jika di lihat dari segi wang, aku akui sudah agak berbaloi untuk aku yang menerima tawaran tersebut dan kelebihan kelebihan yang ada di Pos Malaysia sedikit memberi jaminan hidup.

Namun begitu, aku sekarang sudah berkerja di salah sebuah syarikat minyak di ibu kota dan aku mendapat wang yang cukup untuk menyara diri aku yang agak boros ini. Ya, lebih banyak daripada apa yang Pos Malaysia tawarkan. Akan tetapi kerjaya di situ agak membimbangkan aku kerana kurang jaminan hidup.

Setelah aku berfikir panjang  dan solat istikarah selama lima hari, aku membuat keputusan 80% menolak tawaran kerja tersebut.

Harap harap ini keputusan yang tepat. Aku tidak mahu menyesal di kemudian hari. Semoga rezeki lain menunggu aku di masa akan datang.


 Amin.

No comments: