2010/12/23

nasi air hujan.

perut terasa panas pedas lepas makan nasi air.agaknya terlebih letak cili tadi.dengan kemahiran yang ada, sedikit sebanyak dapatlah masak nasi air.malam ni pun hujan dah berhenti.kenapa mesti di waktu malam hujan mahu berhenti.perlu ke nyanyi lagu shin chan itu?.semua orang menyampah dengar aku nyanyi lagu hujan rintik-rintik itu.mungkin suara aku terlalu merdu kot.jom kita nyanyi sama-sama kasi bumi terengganu kembali hujan.
jom nyanyi.ulang empat kali ye.
     "hujan rintik-rintik.tumbuh daun lalang.aini sangat cantik.semua orang sayang.lalalalala"

bosan waktu hujan.

saja upload.saja mengedit gambar.takde keje dah.bosan duduk rumah.asik makan.tido.hujan tak nak pulak berhenti turun.duduk rumah tajamkan kemahiran masak.nanti mahu buka kedai burger.sangat sedap.nasib baik ada internet percuma ni.kalau tak,haram jadah aku kebosanan di rumah.tapi mak pun dah bising bil elektrik naik.haha.takpe mak.lagi dua minggu je.teringin tulis entri dalam english.tapi tak yakin dengan kemahiran yang ada.entah-entah takde kemahiran.haha.nak sahut cabaran sue anna joe tu.lain kali jelah kan.

cinta malas.

dialog antara satu pasangan.

lelaki:dah mandi belum dia?
perempuan: entah.cuba tanya mak kita.
lelaki: mesti belum kan.kan.
perempuan: haha.hujan lah.sejuk.
lelaki: tak nak lah kawan dengan dia.
perempuan: tapi nak kawin dengan kita kan.
lelaki: mestilah.hehe

oh.aku cinta kamu.