2010/12/28

katak oh katak.

terasa segar mandi pagi pada pukul 3petang.ok la tu mandi jugak kan.sama la macam angelina jolie. korang ada baca paper metro baru-baru ni.angelina jolie tak suka mandi.alasan dia sibuk dengan anak-anak dan shooting.aku pulak nak jimatkan air kat rumah.kesian mak nanti.lagipun hujan kat terengganu ni dari malam tadi taknak berhenti.

aku dah terlari topik pula.nak cerita pasal result sebenarnya.hari ni result dah keluar.result aku macam itu jelah.dah memang aku target nak maintain cpa aku.termenyesal jugak sedikit dengan kemalasan aku sem ni.tapi takpelah,syukur alhamdullillah sebab final year project sudah selesai.tahniah buat si dia kerana dapat result bagus.tahniah pada adik yang dapat 3.8 something.tahniah pada semua yang dapat dekan.tahniah pada semua yang dah nak pergi latihan industri.

lagi satu azam tahun baru,nak kumpul lagi satu dean list.amin.

2010/12/27

oh hati.

oh hati.janganlah buat saya jadi seorang yang moody.

2010/12/26

oh bola.

baru lepas tengok bola.tak ada apa yang menarik.sekadar tahu malaysia menang 3-0.mungkin cuba untuk meminati bola.si dia gilakan bola.suka hati la dapat tengok bola live kan.siap beli baju bagai lagi.takpe,minat punya pasal.

tadi,keluar pergi beli tiket.tapi habis pula.sangat tak suka pergi beli tiket.kan best kalau bas ke batu pahat tak payah beli tiket bagai.haishh.lastly,beli tiket ke johor bharu.tapi dah serik naik bas dari JB-AIR HITAM.hari itu,pernah naik bas yang pemandunya india.masa mula-mula naik tu adalah seorang perempuan.tapi bukan malay la.bayangkan pukul 5pagi masa itu.sampai kulai yang ada dalam bas tu aku,driver india dan seorang bangladesh.paling risau driver tu bawa bas gila laju.nasib baik aku hidup lagi dan dapat menulis blog ini.

hari ni dapat selipar baru.fipper blue pink .lawa.gantikan fipper orange green aku yang dah buruk.habis madu sepah dibuang lah kan.haha.

hati.

saja nak ingatkan diri sendiri.

bukit indah.

hari ini membuang lemak lagi.tapi kali ini di atas bukit pula.seronok berjalan dalam kabus kabus embun pagi.terasa mahu pergi lagi esok.mungkin sudah obses pada keindahan ciptaan-NYA.

agak ramai orang pagi ini.kalau tak suka ramai orang datang dalam area pukul 7.macam kami.paling ramai suami isteri anak-anak,yang bercinta-cinta pun satu pasangan je.takkan ber- dating kat atas bukit pula kan.haha.paling suka tengok pasangan yang dah tua.oh,harap-harap aku nanti pun macam itu juga.hapily ever after sampai muka kedut-kedut dengan si dia.paling kelakar hari ni ada seorang tu pakai ballet shoes warna merah petak-petak.begitu bersemangat dia kan.

ni pemandangan kat atas bukit.




ini adik saya.

macam mahu buat aktiviti ini setiap hari.tengok lah macam mana.kaki lenguh sebab tak buat streching.kalau ada kawan-kawan jogging pasti mereka tolong aku buatkan.sudah lupa step la.hehe.

2010/12/25

cantik.

pada satu hari aku tengok cerita pelakonnya jue aziz.terus berkenan kat rambut dia.lawa panjang lembut.mahu rambut macam itu jugak.

jue aziz.lawa kan rambut dia.

 
 tak pun macam artis ni.

 macam ini lagi cantik

tapi rambut saya macam ini saja.boleh ke jadi macam dorang eh.


 

matahari terbit.

tadi pagi pukul 6:45,aku bersama adik bergerak dari rumah ke gong badak.kami mahu berjoggingan di tepi tasik stadium terengganu.sangat cantik matahari terbit di situ.trek jogging yang agak panjang,jauh.tapi aku berlari satu pusingan dan berjalan satu pusingan.

terasa panas perut masa berlari.mungkin lemak sedang terbakar cair kan.sangat banyak lemak kat perut itu.sekarang lemak berada kat peha pula.esok mahu jogging lagi.tapi atas bukit pula.baru ada semangat kalau pemandangannya indah kan.

azam tahun baru,tak nak bagi  lemak terkumpul kat perut ini lagi.haha




 indah kan.segar di waktu pagi walaupun tak mandi.hehe

2010/12/24

oh cinta.

tadi,dalam pukul 430 petang kawan lama dari sekolah teknik datang ambil kat rumah.ajak keluar jalan-jalan.sebelum tu kena tanya si dia dulu boleh ke tidak aku keluar kan.walaupun aku tahu memang pasti dapat sebab dia memang tak kisah.cuma mesej dia "xpelah.jgn balik malam-malam la kalau boleh eh sayang.jaga diri baik-baik ye sayang".mungkin maksud jaga diri tu maknanya sedarlah awak tu buah hati saya.jangan jatuh hati kat kawan tu pulak.hahaha.

macam-macam topik dibincangkan tadi.terima kasih ejan bawa aku keluar.memang sangat bosan duduk rumah.cuma aku tak berapa suka sebab masa kami dalam kereta,teman wanita dia telefon dan dia suruh aku diam.maknanya dia tipu la kan.bila aku cakap tak baik menipu tapi dia bagitahu nak jaga hati sebab mungkin teman wanita dia tak suka.nanti dia sakit hati dan gaduh.

dia cakap aku pun mesti tak bagitahu si dia.oh,aku tak pernah rahsiakan perkara macam itu.lagipun kami lebih open minded sebab kami berdua belum ada ikatan sah.jadi,kami tidak boleh halang antara satu sama lain untuk keluar.mungkin sekadar memberitahu sudah memandai kan.ada perasaan cemburu tapi kami percaya antara satu sama lain.

yang pasti,aku makin sayang si dia.saya sayang kamu.
 
 mahu tidur awal.mahu berjoggingan esok pagi di tepi tasik.bye!

2010/12/23

nasi air hujan.

perut terasa panas pedas lepas makan nasi air.agaknya terlebih letak cili tadi.dengan kemahiran yang ada, sedikit sebanyak dapatlah masak nasi air.malam ni pun hujan dah berhenti.kenapa mesti di waktu malam hujan mahu berhenti.perlu ke nyanyi lagu shin chan itu?.semua orang menyampah dengar aku nyanyi lagu hujan rintik-rintik itu.mungkin suara aku terlalu merdu kot.jom kita nyanyi sama-sama kasi bumi terengganu kembali hujan.
jom nyanyi.ulang empat kali ye.
     "hujan rintik-rintik.tumbuh daun lalang.aini sangat cantik.semua orang sayang.lalalalala"

bosan waktu hujan.

saja upload.saja mengedit gambar.takde keje dah.bosan duduk rumah.asik makan.tido.hujan tak nak pulak berhenti turun.duduk rumah tajamkan kemahiran masak.nanti mahu buka kedai burger.sangat sedap.nasib baik ada internet percuma ni.kalau tak,haram jadah aku kebosanan di rumah.tapi mak pun dah bising bil elektrik naik.haha.takpe mak.lagi dua minggu je.teringin tulis entri dalam english.tapi tak yakin dengan kemahiran yang ada.entah-entah takde kemahiran.haha.nak sahut cabaran sue anna joe tu.lain kali jelah kan.

cinta malas.

dialog antara satu pasangan.

lelaki:dah mandi belum dia?
perempuan: entah.cuba tanya mak kita.
lelaki: mesti belum kan.kan.
perempuan: haha.hujan lah.sejuk.
lelaki: tak nak lah kawan dengan dia.
perempuan: tapi nak kawin dengan kita kan.
lelaki: mestilah.hehe

oh.aku cinta kamu.

 

2010/12/22

lima tahun 2 minggu 5 hari

oh.terasa begitu lama hubungan kita kan.mahu tak kamu jadi pasangan hidup aku untuk tiga empat tahun akan datang? ily zaid.  
      

kawan lawan talam

kawan.aku seorang yang tak punya kawan yang ramai.ada kawan tapi tak ramai.mungkin sebab aku seorang pendendam.ego.sombong.cakap lepas.bongkak.tak pandai jaga hati kawan.pentingkan diri sendiri.mungkin la kan.lagi satu aku suka pendam sampai lama lama aku tak tahan aku lari.

tak baik kalau kita buat balik kat orang apa yang orang pernah buat kat kita.tapi aku bukanlah manusia sebaik itu.tu namanya aku ini pendendam.betul la kan.orang cakap kat dunia ini ada karma.jadi sebaiknya kita janganlah balas balik apa yang orang buat kat kita.baik kita buat bodoh aje.tapi kadang-kadang bila buat bodoh,hati jadi sakit juga.sebab tu kena pura-pura macam takde apa berlaku.so,jadilah talam di sini.

sesiapa yang pernah jadi kawan aku mesti tahu siapa aku sebenarnya kot.kepada sesiapa yang pernah aku mengata.mengutuk.memarah.oh,aku minta maaf.aku bukanlah kawan yang baik untuk kalian.tapi itu mungkin juga kerana kamu pun bukan kawan yang baik untuk aku.sebab aku takkan sakiti hati orang yang aku suka.kamu pula bagaimana?

andartu?


ow.sekarang umur sudah 23tahun.lagi dua minggu jadi 24 tahun.tapi bila sudah 3 mac baru betul-betul genap 24 tahun.hari tu,ada borak-borak kosong dengan kawan-kawan.ada yang keluarkan topik bagitahu kalau umur sudah 25 tahun, dah jadi andartu.emmm.bila aku bagitahu kat kakak aku,mereka cakap kita tengok dan lihat aku ni nanti jadik andartu ke tidak.itu sudah pasti la sebab umur 24 baru habis belajar.mahu bekerjaya dulu.melihat dunia yang indah dulu.mahu tak mahu,27 kot baru aku fikir nak kawin.haha.

lambat sangat habis belajar ni.aku dah tak larat berfikir.semester ini, keputusan peperiksaan aku teruk.mungkin aku malas kan.yelah,pukul 12malam keluar makan kat 25jam.pagi esok ada paper pukul9.balik rumah pukul 1 2 pagi.akhirnya dapat B-.hahaha.padan muka aku kan.tapi aku masih senyum kerana sv bagi A- untuk final projek aku.alhamdullillah.syukur sangat sangat sebab projek aku entah apa pun aku macam tak faham lagi walaupun aku dah buat hard cover.hehe.

lagi satu semester aku kena belajar.aku kena tukar niat belajar untuk semester baru ni.aku nak belajar bersungguh-sungguh kot.hehe.