2010/12/24

oh cinta.

tadi,dalam pukul 430 petang kawan lama dari sekolah teknik datang ambil kat rumah.ajak keluar jalan-jalan.sebelum tu kena tanya si dia dulu boleh ke tidak aku keluar kan.walaupun aku tahu memang pasti dapat sebab dia memang tak kisah.cuma mesej dia "xpelah.jgn balik malam-malam la kalau boleh eh sayang.jaga diri baik-baik ye sayang".mungkin maksud jaga diri tu maknanya sedarlah awak tu buah hati saya.jangan jatuh hati kat kawan tu pulak.hahaha.

macam-macam topik dibincangkan tadi.terima kasih ejan bawa aku keluar.memang sangat bosan duduk rumah.cuma aku tak berapa suka sebab masa kami dalam kereta,teman wanita dia telefon dan dia suruh aku diam.maknanya dia tipu la kan.bila aku cakap tak baik menipu tapi dia bagitahu nak jaga hati sebab mungkin teman wanita dia tak suka.nanti dia sakit hati dan gaduh.

dia cakap aku pun mesti tak bagitahu si dia.oh,aku tak pernah rahsiakan perkara macam itu.lagipun kami lebih open minded sebab kami berdua belum ada ikatan sah.jadi,kami tidak boleh halang antara satu sama lain untuk keluar.mungkin sekadar memberitahu sudah memandai kan.ada perasaan cemburu tapi kami percaya antara satu sama lain.

yang pasti,aku makin sayang si dia.saya sayang kamu.
 
 mahu tidur awal.mahu berjoggingan esok pagi di tepi tasik.bye!

No comments: