2011/06/26

semangat

okay, macam dah lama tak update blog. aku baru timbang berat dan 5kg lemak hilang walaupun kadang kadang aku tak dapat menahan nafsu makan dan batin.

terima kasih kepada yang memberi nasihat. aku ingin berkongsi dengan korang semua nasihat ini. jagalah badan anda sebelum terlambat. mencegah lebih baik kan.

 pemandangan dari atas bukit. nampak tak masjid kristal?







teman setia ke mana sahaja.


 semangat membuang lemak. 

 p/s: terima kasih kepada yang memberi nasihat dan memberi semangat membuang lemak. terima kasih nike air.

2011/06/06

bumi merah jambu


pernah lepak tepi pantai pukul enam atau tujuh pagi. serius mesti teruja tengok sunrise. cantik dengan udara segar dan nyaman. 

okay, sekarang misi baru mahu jogging tepi pantai setiap hari jumaat dan bila hari free. atau mungkin silih berganti dengan jogging di bukit. 

ini pemandangan pantai yang bakal aku jelajahi setiap hari jumaat mungkin. 



ini bukan matahari terbit. ini matahari terbenam. 


 semua gambar di atas di ambil pada sekitar pukul 630 hingga 715 petang. 





okay, sekarang pula gambar dibawah pula di ambil sekitar pukul 7 hingga 830 pagi. tak sempat ambil gambar sunrise








  candid gambar bersin. sila zoom kalau nak tengok dengan jelas. 








p/s: tapi sayang, pantai ini agak kotor. sampah merata rata. tolong lah sayangi pantai.

nasi lemak


pernah makan nasi lemak 0.60 sen ? sedap beb. sangat sedap bila ada sambal plus ikan tongkol. terbaik. aku  baru melepaskan nafsu dengan makan tiga bungkus nasi. sangat sedap. nak? sila la datang rumah aku. 





2011/06/02

kapal layar.


saja men upload gambar ini. ambil daripada drawing yang syarikat tempat aku praktikal. ada kapal nama diberi sempena nama samaran aku. agak agak ada ke nama kapal sudin. SUDINSHIP!