2010/12/26

oh bola.

baru lepas tengok bola.tak ada apa yang menarik.sekadar tahu malaysia menang 3-0.mungkin cuba untuk meminati bola.si dia gilakan bola.suka hati la dapat tengok bola live kan.siap beli baju bagai lagi.takpe,minat punya pasal.

tadi,keluar pergi beli tiket.tapi habis pula.sangat tak suka pergi beli tiket.kan best kalau bas ke batu pahat tak payah beli tiket bagai.haishh.lastly,beli tiket ke johor bharu.tapi dah serik naik bas dari JB-AIR HITAM.hari itu,pernah naik bas yang pemandunya india.masa mula-mula naik tu adalah seorang perempuan.tapi bukan malay la.bayangkan pukul 5pagi masa itu.sampai kulai yang ada dalam bas tu aku,driver india dan seorang bangladesh.paling risau driver tu bawa bas gila laju.nasib baik aku hidup lagi dan dapat menulis blog ini.

hari ni dapat selipar baru.fipper blue pink .lawa.gantikan fipper orange green aku yang dah buruk.habis madu sepah dibuang lah kan.haha.

hati.

saja nak ingatkan diri sendiri.

bukit indah.

hari ini membuang lemak lagi.tapi kali ini di atas bukit pula.seronok berjalan dalam kabus kabus embun pagi.terasa mahu pergi lagi esok.mungkin sudah obses pada keindahan ciptaan-NYA.

agak ramai orang pagi ini.kalau tak suka ramai orang datang dalam area pukul 7.macam kami.paling ramai suami isteri anak-anak,yang bercinta-cinta pun satu pasangan je.takkan ber- dating kat atas bukit pula kan.haha.paling suka tengok pasangan yang dah tua.oh,harap-harap aku nanti pun macam itu juga.hapily ever after sampai muka kedut-kedut dengan si dia.paling kelakar hari ni ada seorang tu pakai ballet shoes warna merah petak-petak.begitu bersemangat dia kan.

ni pemandangan kat atas bukit.




ini adik saya.

macam mahu buat aktiviti ini setiap hari.tengok lah macam mana.kaki lenguh sebab tak buat streching.kalau ada kawan-kawan jogging pasti mereka tolong aku buatkan.sudah lupa step la.hehe.