2011/01/23

oh tag

You've been tagged, and you're supposed to write a note with the "ABC's of Me". At the end, choose people to be tagged. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

A - Age ; 23rd years young.tapi macam umur 18 kot.haha?
B - Bed size ; single (sebab stay kat hostel)
C - Chore you hate ; orang meludah merata macam haram.
D - Dog's name ; eh?tak ada.haram.
E - Essential start your day item ; pukul 6:45-7:00.dah jarang tak subuh.
F - Favorite color ; oh pink!
G - Gold or Silver ; both.
H - Height ; 160cm kot.lupa
I - Instruments you play(ed) ; recoder reti kot.
J - Job title ; budak U yang buat part time jual buah dan antivirus untuk sara hidup.
K - Kid(s) ; 3-4 maybe.tengok rezeki nanti.ngeeee
L - Living arrangements ; simple.happy
M - Mom and dad live near or far ; jauh.terengganu sana
N - Nicknames ; engku,eng,aini,che ku.noni.sasa.
O - Overnight hospital stay (other than birth) ; tak pernah.ngeri!
P - Pet Peeve ; tak tahu la.
Q - Quote from a movie ; 'hidup ini memang palat. tapi esok masih ada' from Kami The Movies.
R - Right or left handed ; right.
S - Siblings ; total (including me) - 8.
T - Time you wake up ; paling awal 6:45am,paling lambat 9.00am
U- Underwear ; yobo.murah saja
V - Vegetable you dislike ; daun sup.daun bawang
W - Ways you run late ; terkangkang-kangkang.hahaha
X - X-rays you've had ; masa nak masuk diploma dan degree
Y - Yummy food you make ; cekodok sardin kot
Z - Zoo favorite ; binatang pink hidung besar.


nak tag kepada
  1. amz
  2. jaja
  3. fifi
  4. isma
  5. aton
  6. zyla
  7. don
  8. acit

2011/01/14

CABUTAN BERTUAH SEMPENA PEMBUKAAN BLOG INI

second contest. haha.

 senang saja contest ini. harap-harap bertuah dan dapat coklat itu.sangat suka coklat.sesiapa rasa diri bertuah dan sukakan coklat.apa lagi, jom join contest ini. klik disini ya.

Contest “ Iphone 4 ke Blackberry Torch “

Disebabkan terikut dengan seorang kawan yang suka sangat contest,so inilah first contest aku.

contest ini di beri nama Contest “ Iphone 4 ke Blackberry Torch “ daripada Syed Muzzamir.nice blog ye incik Syed [ bukan bodek nak hadiah taw.:p].kepada yang nak join juga, sila klik disini.

ok,kembali pada contest ini, pada pendapat saya lah,saya lagi suka pada BB Torch.kenapa?nak bagitahu juga kenapa walaupun tuan blog cakap tak perlu kan.sebab utama BB Torch ada Full QWERTY keyboard.  terasa penat tak jari jemari kalau asyik bertouch screen aje?.kalau saya.sudah pasti penat.itu sahaja perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua gadget ini.


kesimpulannya, saya pilih Blackberry Torch.

aini oh.

buat pertama kali dalam sejarah hidup,aku kena halau dari kelas.apa sebab?aku pakai jeans.aku ingatkan lecturer tu saja main-main cakap tak suka student dia pakai jeans. so,bermula lah kisah aku pergi kelas tiga hari berturut-turut pakai baju kurung yang sama.cuma tukar tukar tudung aje.

suka dengan perkataan oh.mana lagi best?oh! pisang atau pisang oh!.

2011/01/12

kalau anda gembira tepuk tangan.

sudah beberapa hari saya tidak meng-update blog.sekarang sangat sibuk membuat duit.kenapa?sebab hujung tahun ini sudah mahu tunang.haha.alhamdulillah syukur kepada-NYA kerana bisnes sudah untung.betul la orang tua-tua cakap.'bangun pagi rezeki murah'.

jom kita bercerita pasal bisnes.bisnes buah potong?sudah mendatangkan hasil.bisnes printing?agak berjalan lancar. bisnes antivirus?.baru dapat dua orang customer.alhamdulillah.dapatlah aku menabung untuk semester ini.

tujuan berbisnes?mahu jalan-jalan ke singapura dengan kawan-kawan.mahu ke langkawi dengan kakak-kakak.mahu itu.mahu ini.dan juga mahu simpan duit untuk ke latihan industri.

sape-sape tengok iklan ni tampal-tampal di merata tempat,sila jangan sabotaj ye.ini amaran!


diselitkan juga disini, ucapan terima kasih  kepada kakak yang sentiasa memberi.alhamdulillah.

2011/01/07

carutan-carutan.

sangat bosan.kebosanan tahap melampau.dapat bilik pula di hujung-hujung.kalau dapat seblah asrama lelaki,ada juga aktiviti skodeng ke.si dia pula nun jauh disana.kalau sekarang berada di rumah sewa,pasti dah keluar minum-minum ni.dahlah sensitif kalau nak masuk kat asrama ni.sensitif dengan guard.alasan,takde guard yang cun.hampeh!

berat sudah kurang satu kilogram.tapi esok pasti mahu berjogging untuk jaga kesihatan.mahu tidur tapi masih awal.bosan.bosan.bosan.

alhamdulillah.

alhamdullillah.terima kasih adik.terima kasih kepada-NYA sebab aku mempunyai mereka di dunia ini.

2011/01/05

janji.

kita janji kita tak makan ubat tu lagi.sayang sangat kamu.

oh aini.

semalam,aku bermesej dengan akak aku.akak aku ni yang support belanja aku di kala aku kering.sangat banyak duit yang mereka habiskan untuk adik dia yang boros ni.tapi semalam akak pesan suruh belajar rajin-rajin.tetiba aku rasa tersentap.sangat tersentuh hati aku.oh,aku sudah hampakan mereka.sem lepas aku memang enjoy gila.belajar pun main-main.terasa sangat bersalah.

duit loan pun mungkin masuk hujung bulan ni.terpaksa berjimat sebab dah tak nak minta duit mak dan kakak.pergi welward beli stok maggi cup pelbagai perisa banyak-banyak.

hari ni aku bangun awal.sem ni niat nak belajar betul-betul.nak buat bisnes sikit.permulaan,nak mulakan bisnes printing.kena siapkan pamplet nak tampal ni.mahu jual buah-buah.mahu jual shawl.yang tu semua coming soon.

2011/01/03

hari pertama.

hari ni menyibukkan diri kat fakulti.macam-macam ragam student ada.sem ni aku amik 14 kredit.tak banyak kot.tapi semua subjek macam susah.tapi syukur alhamdullilah sebab dapat pensyarah yang baik macam encik megat.encik tatang.yang tak baik pun ada.macam tuan haji hannan.bukan tak baik tapi skema sangat.haha.

seronok juga sebab masih ramai lagi kawan-kawan kat sini.tadi kena tegur sebab pakai selipar.lawa apa selipar biru pink saya tu.memanglah getah tapi selamat oke.tak mungkin akan tergelincir.

azam tahun baru lagi,mahu menabung.ngeeeee

malas.bosan.

disebabkan dah takde keje.aku tido di waktu hujan pada hari kedua di asrama.bangun tido pergi ronda parit raja dengan roomate baru yang dah kenal lama.

esok,hari pertama kuliah.tak mungkin la pergi kelas kan.sebenarnya nak cerita pasal berat aku.sekarang aku seberat 47.4kg.macam tak percaya.siap timbang dua kali.rugi duit aku 20sen.dulu berat aku 38kg-42kg sahaja.tu pun kadang-kadang baru dapat 42kg.selalunya aku maintain 40kg cmtu la.

azam tahun baru lagi.nak kekalkan 47kg ni.amin

2011/01/01

selamat tahun baru.

selamat tahun baru semua.semoga azam baru anda semua tercapai.malam tadi aku sambut tahun baru dalam bas.bertarung nyawa dengan pakcik bas yang botak garang gemuk bawa laju sambil merokok.alhamdulillah,selamat juga aku sampai jb.terima kasih si dia amik aku.semasa makan dekat hentian machap,si dia bagitahu cemana nak bezakan melayu malaysia dengan melayu singapura.cara cakap dengan cara pakai.nak mandi tadi kat hentian machap tapi toilet semua rosak.berus gigi tertinggal kat rumah.tulis entri ni baru sedar tak gosok gigi lagi hari ni.patutlah gigi kuning kan.kan.tapi mak cakap gigi kuning tu sihat kuat.betul?

sekarang perut lapar.dah rindu mak kat rumah.sekarang duduk hostel aras satu.dekat dengan tasik.nak print jadual pastu nak susun jadual.harap lapar hilang.pergilah jauh-jauh lapar.